Dari
Syaqiq Al Balkhi berkata : "Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu Ishaq)
berjalan di pasar basrah lalu ia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka
bertanya kepadanya : "Ya Abu Ishaq,
Allah berfirman ; bermaksud
"Mintalah olehmu sekelian kepada Ku nescaya Aku kabulkan. Dan kami telah
satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan !".
Ibrahim bin Adham menjawab :
"Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup
oleh 10 perkara".
1.
Kamu telah mengetahui Allah tetapi belum tunaikan
haq-haqNya.
2.
Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak
melaksanakan tuntutannya.
3.
Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh
tetapi masih mentaatinya dan menyetujui seruannya.
4.
Kamu menyatakan kamu umat Muhammad s.a.w tetapi
tidak mengerjakan sunahnya.
5.
Kamu mengatakan dirimu akan masuk syurga tetapi
tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akan membawamu ke syurga.
6.
Kamu mengatakan dirimu selamat dari neraka tetapi
ternyata kamu memasukkan dirimu kepadanya.
7.
Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak
bersiap-siap menghadapi mati.
8.
Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu
tetapi tidak pernah melihat aibmu sendiri.
9.
Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu
tetapi tidak mahu bersyukur kepadaNya.
10. Kamu
telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil pengajaran dari
mereka.
Bersama-samalah kita mengambil
iktibar sempena bulan Syaaban yang mulia ini, InsyaAllah.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar