Rasulullah S.A.W. telah
bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka sholat itu
sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak
memelihara sholat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak
juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah
bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T,
antaranya :
1.
Orang lelaki yang sholat sendirian tanpa membaca
sesuatu.
2.
Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak
mengeluarkan zakat.
3.
Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang
yang menjadi makmum membencinya.
4.
Orang lelaki yang melarikan diri.
5.
Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya
(Taubat).
6.
Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7.
Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa
memakai tudung.
8.
Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim
menganiaya.
9.
Orang-orang yang suka makan riba'.
10. Orang
yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan
mungkar."
Sabda Rasulullah S.A.W yang
bermaksud : "Barang siapa yang sholatnya itu tidak dapat menahannya dari
melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya sholatnya itu hanya
menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."
Hassan r.a berkata :
"Kalau sholat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan
mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan
sholat. Dan pada hari kiamat nanti sholatmu itu akan dilemparkan semula ke arah
mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar